0

KINGTON PART 3...!!


hi semua, seperti yg sha janjikan... ni dia attachment pasal Kington Life Plasma ni... ermm, nak kongsi sikit..setelah beberapa hari mencuba KLP ni mmg ade la terasa sikit perubahan... nak tau ape perubahannye... tunggu..... so hari ni kita tgk la ape dia KLP ni....









0

SALAM RAMADHAN...!!



Salam kawan2 semua, rasanya belum terlambat untuk sha ucapkan SALAM RAMADHAN buat kalian semua... maklumla, dua hari cuti my lovely lappi ni pun bercuti la jugak... harapan semoga ramadhan pada kali ni lebih sempurna dari tahun2 yang lalu... insyaallah... dan sha juga ucapkan selamat berbuka kepada semua... saper2 yg ader resepi best2 leh la kongsi yer...
0

KINGTON PART 2...!!!


Salam semua... bertemu lagi kali ini.. kali ni sha nak sambung lagi pasal citer KINGTON ni.. ok la, semalam sha ader pergi majlis launching KINGTON LIFE PLASMA(KLP) kat kuantan.. speaker mlm td MR ROBERT SLOVAK yg didatangkan khas dari North Amerika... dia ni seorang jurutera astronautikal dr Uni of New York... ini serba sedikit tentang Mr Robert Slovak...

Robert Slovak, Founder, Original Quinton North America


By profession, I’m an Astronautical and Mechanical engineer. However during the past thirty years I’ve devoted myself to the science of water chemistry and water treatment. My brother and I were among the early developers of Reverse Osmosis technology.

"Robert Slovak Professional Bio

1960’s – Mechanical, Aero and Astronautical engineer with undergrad and graduate studies completed at New York University.

1970’s – Six years with North American Aviation in Minuteman missile development.

1970’s – Joined with brother Jack in independent research in water sciences, focusing on membrane separation technology – Reverse Osmosis, Nanofiltration and Ultrafitration.

1970’s thru 1990’s – Founded Water Factory Systems, a manufacturer of a broad line of innovative water treatment equipment for the residential, commercial, industrial and pharmaceutical worldwide markets.

1990 – Sold company to Cuno Corp, a fifty-year old international supplier of conventional water treatment equipment. The company has since been purchased by 3M.

1998 – Retired from corporate world and left for Brazil to bring advanced water technology to industry and failing environmental sector.

2004 – Introduced to Quinton Marine Plasma (QMP) as a result of sudden gastrointestinal illness while working on project in the Eastern rain forest. Several ampoules eliminated the condition by midnight of the same day. As a twenty-year student of health this caught my attention. I met the biologist importer of QMP and listened as he told the amazing story of Rene Quinton and his discovery that our evolutionary origins are the primordial ocean and the connection manifests one of the most powerful medical modalities known for achieving homeostasis.

2005 to present – Through a series of life-altering incidents I decided to take on the mission of introducing to the practitioners of North America the science of Rene Quinton.
Original Quinton of North America was founded with the sole mission training and providing the drug-free, side-effects-free marine plasmas extracted from the ocean using the same exacting protocols specified by its discoverer."

mlm td mmg mmg best giler r dapat jumpe dgn Mr Robert, dia telah menceritakan pasal Kington Life Plasma dgn terperinci... katanya KLP ni telah ditemui oleh founder yg bernama RENE QUINTON, seorang ahli sains, ahli biologi, ahli fisiologi dan humanis... Pada tahun 2004, Kementerian Sains Perancis mengadakan simposium untuk meraikan 100 tahun sumbangan RENE QUINTON , katanya lagi, KLP ni telah ditemui pada tahun 1904, maknanya dah 100 tahun la...menurut Mr Robert, 100 tahun dulu lagi dah ada bermacam2 penyakit berbahaya seperti Ekzema, Tuberkulosis, Enteritis Kronik,Psoriasis, Dermatis dan salah satu drpdnya adalah INFLUENZA. Kebaikan KLP ini adalah untuk membantu mengekalkan keseimbangan cecair luar sel. Cecair luar sel termasuk - PLASMA DARAH, CECAIR AMNION, CECAIR SEREBROSPINAL, CECAIR LIMFA, JUS PANKREAS, JUS GASTRIK, HEMPEDU CECAIR INTESTINAL AIR MANI & AIR LIUR... aku sendiri pun dah cuba KLP ni mmg ok dan menakjubkan.. Mr Robert juga ada memberi beberapa tip untuk kekal sihat.. antaranya adalah, sewaktu bgn pagi minum la air tulen(pure water) sebanyak 600ml, tidur sekurang2nya 7jam setiap hari dalam bilik gelap, banyakkan makan makanan mentah(sayuran&buah2an), lakukan senaman berjalan kaki sejauh 1-2 km setiap hari, makan makanan tradisional Asia Paisifik diantara adalah-Halia muda, kunyit, bawang outih segar, jus buah2an, dan banyak lagi.. korang mesti tau kan ape dia makanan Asia Pasifik... rasanya setakat itu dulu aku citer pasal KLP ni, dan kalau ader ape pertanyaan pasal KLP ni korang leh la email kat aku di diashahanis@yahoo.com atau korang leh jer terus tgk kat website ELKEN... oh ya, nnt aku akan up juga fliers pasal KLP ni...


0

GAMBAR DULU DULU...!!

masa convo-2002... dgn che azliza.. my best friend

my best friend cum my best sister - sally

my best friend - stella cheria lansam

UPM-2002

UPM - 2002
0

SAMPUL DUIT RAYA...!!




Hari ni keje cam biasa, dan mcm biasa aku x de keje nak dibuat kat opis ni.. maklumla... bos jarang masuk opis... maka dgn malasnya aku dpt memikirkan satu idea... SAMPUL DUIT RAYA...!! erm, aku pun mula la buka laptop aku dan klik la pada Adobe Illustrator dan aku pun create la dua design sampul raya walaupun designnya seakan samer jer.. hehhee, aku x de idea sebenarnya ni... tp ok jugakla la kan dari aku duk melangok jer kat opis ni.. maka terjadilah hasilnya sampul duit raya versi aku yg tersendiri... x susah pun nak wat sumer ni tp yg jadi masalahnyer maner aku nak print nnt... ermm, aku rasa aku dah tau nak wat cam ner... tetiba jer idea dt yerk... ok la, korang semua mesti dah tgk kan design sampul duit raya aku yg tomei tu kan... so, maknenyer tahun ni sampul aku mmg lain dari yg lain, dan yg penting x de dijual di kedai... hahhaha..... selain tu aku nak up la jugak gambar chocolate chip cookies ni... nampak cam sedap jer... ok friends... enjoy yaaa...... Adios....
0

ADUHAI PULUT KUNING...!!

hi semua, x tau mcm mane nak mulakan, tp sha nak citer jugak... semalam buat pertama kalinya sha masak pulut kuning... perghh, mmg gelabah giler... bayangkanlan ini 1st time sha nak masak pulut kuning... pagi2 lagi dah kol umah MA tanyer brg2 aper yg perlu dibeli.. maklumla, sha ni makan jer tau.. ni semua gara2 direquest oleh mak mentua.. so pagi semalam sha pegi pasar ngn husband beli ayam 5 ekor, santan 5kilo, serai+lengkuas, beras pulut, bawang besar dan minyak masak.. brg2 lain sumer dah ader kat umah... so lepas beli brg sha terus pegi umah MA... dah sampai2 bukannya terus masak pulut kuning, tp melantak la pulak... ermm, cam ner nak kurus... so lepas makan sha pun mulakanlah apa2 yg patut... dari basuh ayam sampai la ke memasak sha wat sendiri... ok la tu, biler lg nak belajar... so MA pun ajar la mcm mana nak kukus pulut, masak rendang... husband pun tolong jugak, tp byk tlg tgk.. hehehe... lebih kurang pukul 6ptg maka siapla kerja2 memasak ni... akhirnya sha dan tau la cam ner nak masak pulut kuning dgn rendang... tp korang sumer mesti tertanya2 naper banyak sgt sha masak kan... sebetulnya mak mentua sha nak wat tahlil tp antar masjid jer... itula citer pasal pulut kuning sha.... lain kali nak cube masak lagi la... hehehe... ini la rupe pulut kuning sha... hehehe... amik gambar kat opis ni... siap bwk bekal lagi... kira ok laaa..... huhuhu....
0

ALONG & FAMILIE...!!!


Salam semua, hari ini aku nak smbg lg citer pasal famili aku, kali ni pasal abang aku yg sulong... nama dia Mohd Shukry bin Asli.. Lahir pada 28/04/1971.. 10 tahun lebih tua drpd aku... erm.. dia keje as Pembantu Am Pejabat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang... sudah berkahwin dan mempunyai 4 org anak (1-girl & 3 boys)... Nama isteri dia Rosnani binti Abd Rahman dan anak2nya bernama Nurjannah Ajilah bt Mohd Shukry(16 thn), Muhammad Saifuddin bin Mohd Shukry(15 thn), Muhammad
Syafiq bin Mohd Shukry (9 thn) dan Muhammad Shamin bin Mohd Shukry... (7 thn)... abg aku ni karakter dia, seorang yg pendiam tp kalau nak marah mmg x leh nak thn la.. dia pernah tampar aku sekali masa aku dalam sekolah menengah lagi sbb ader sikit salah faham... tp dia dah mintak maaf kat aku sbb dia tau salah dia.."tu la along, lain kali selidik dulu, kalau betul salah x per, tp jgn la tampar.. hehehhe"... abg aku ni mmg rajin, sbb siang malam bekerja... maklumla anak2 sumer dah besar2 dan tentulah belanja banyakkan... abg aku ni dulu pernah satu ketika suka sgt bermain bola sebelum doktor kater yg dia dah x leh main bola lepas jalani pembedahan lutut... aku pun x paham kenapa... skrg ni dia dah tukar hobi la pulak.. berbasikal bersama2 famili dia la... anak sedara aku yg sulung tu pernah mewakili pahang dalam sukan berbasikal masa SUKMA TRG yg lepas... dgr kater dia terpilih sekali lagi wakil pahang utk SUKMA MELAKA yg akan dtg ni... doa2 la dia akan mendapat kejayaan dan mendapatkan pingat utk negeri pahang tercinta ni.. heheheh.... anak sedara aku yg ke-2 tu lak, berbasikal jgk tp x terpilih pun utk wakil pahang... selain berbasikal dia suka sgt main bola sepak... manakala anak sedara aku yg 2 org tu pun main bola sepak gak wakil utk sekolah masing2 jer la... eh lupa pulak, kakak ipar aku ni kerja as executive kat sebuah sykt shipping di kemaman.. hari2 travel dr ktn ke kemaman... kakak ipar aku ni pun baik orgnya, selalu bg nasihat kat aku.. tp kdg2 garang jugk.. hehheh, "kak nani, jgn marah2 yerk..... itula serba sedikit ttg abg aku dgn familie nya itu.....
0

MA DAN ABAH

Inilah keluarga kecik ku... aku sebenarnya tiga beradik, 2 lelaki dan aku sorang jer perempuan... yg laki tu dua2 abang means aku ni yg bongsu la... erm.. tp skrg tinggal aku berdua jer.. abg aku yg no-2 dah meninggal 4 tahun lepas sebab radang paru2...

Citer dia mcm ni, arwah meninggal masa hari pertama berpuasa tahun 2005.. aku sedey sgt masa tu sbb masa hari2 terakhir arwah aku x berkesempatan nak menemani arwah semasa di hospital... tp alhamdulillah, aku sempat minta maaf dgn arwah.. yg buat aku lagi sedih, 2 hari sblm arwah meninggal aku pergi kl atas urusan kerja, dua sempat pesan kat aku balik cepat, angah tunggu adik.. mmg dia betul2 tunggu aku.. aku balik dr kl ptg dan aku sampai malam.. siang esoknya sempatla aku jenguk dia kat hospital, tp aku x sempat nak temankan arwah... Ya Allah, kau tempatkanlah arwah dikalangan orang2 yang kau redhai... Al-Fatihah... !!

Skrg aku nak citer pasal Ma dan Abah pulak, Abah aku namanya Haji Asli bin Embong, dilahirkan pada 17/10/1946 di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Terengganu... seorang pesara TM (bersara pd tahun 2002) jawatan terakhir sbg Juruteknik di TM (exchange Teruntum, Kuantan)... Abah seorang yg sgt tegas dgn anak2, mmg aku takut gile ngn abah, walaupun abah tegas, tp abah seorang yg penyayang.. apa sahaja yg diminta oleh isteri dan anak2 insyaallah pasti ditunaikan mengikut kemampuan... abah aku ni seorang yg kelakar jugak.. masih aku igt masa mula2 dpt cucu sulung (anak abg aku yg sulong) dialah org yg paling excited sampaikan cucu demam sikit mula gelabah... smp kol abg aku nak pegi amik cucunya tu... katenye, abg aku ni x pandai lg nak handle budak kecik demam... kelakar lak aku rasa, tp skrg abah dah kurang sikit kelakar dia tu, mgkn sbb faktor usia kot.. anyway aku mmg respect ngn abah aku ni... "Abah, adik sayang sangat kat abah... jgn majuk2 lagi tau.. adik janji akan selalu dengar cakap abah walaupun adik dah kawin... hehehhe" - Ni pulak citer pasal Ma aku pulak.. Ma aku bernama Hajjah Shamsiah binti Haji Hamzah... dilahirkan pada 20/11/1953 di Kampung Tanjung Api, Kuantan Pahang... Ma aku masih lagi bekerja di SK Permatang Badak Kuantan... Opps, bukan cikgu tau, tp sbg Pembantu Am Rendah.. kalau ikutkan Ma dah patut bersara tp kerajaan offer lagi 3 tahun, Ma kater, baik ma keje lg, dah x de anak kecik... Ma aku pulak, seorang yg garang bangat, tp same cam abah jugak, seorang yg penyayang... Tp Ma aku ni kuat majuk... dah abah skrg ni pun kuat majuk gak.. erm.. Ma, jgn majuk2 yer, anak2 Ma sume syg Ma.. yg spesel pasal Ma aku ni, dia pandai sgt masak, ckp jer nak makan aper... mesti dia masak.. kalau Ma masak aku mmg x toleh kiri kanan dah hehehhee... yg paling spesel Ma suka masak Nasi Dagang... mmg feveret aku la tu.... lagi satu, Ma pun pandai gak wat kuih&biskut raya... - Tart Nenas... Feveret kami adik beradik... "Ma, nnt raya jgn luper masak nasi dagang, tahun ni adik raya umah Ma..." itulah serba sedikit citer pasal ma dgn abah aku.... citer org lain aku rase esok la pulak aku tulis yer... dah penat ni.. hehehhe.....
0

Gaya Macho...!!


Gaya macho... kat umah acik sue trg...



x habis2 nak berposing... tau jer dia....


konon hensem la tuh....

0

TENSION...TENSION... & HAPPY BIRTHDAY AKAK...!!

Salam semua, hari aku nak menulis lagi kat blog aku ni.... hari mmg hari yang paling x best utk aku.. ader ker patut pengurus projek kat tmpt aku keje ni marah2 aku... dia aku ni kaki mengulor ker.. mintak maap yer, aku kuar td pun sbb big bos yg suh aku kuar g beli tender... tp ader mende lain yg aku geram, ader la satu sykt tu, nak mintak kite org nyer company profile janji nak dtg pagi sehinggala saat aku duk tulis blog ni pu, dia x smp2... mcm maner aku x tension... kalau aku tau dia x dtg dah tentunye aku g JBA pagi td dan x de la aku kene marah... tp yg penting dalam situasi ni aku x salah... ermmm... hari ni birthday kak zila... Happy Birthday Akak... semoga akak sentiasa dirahmati dan diberkati.. semoga cepat2 la dapat baby yerk... hehehhe.. nanti adik pos hadiah utk akak yer....


aku ni x la pandai sgt nak menulis dan bercerita, harap sape2 yg baca post kat blog aku ni jgn tension2 yerk... ermm.. baru jap td en. suami ader kol cakap dia balik lambat lagi hari ni, dia suh aku balik dulu.. tolong, x mau duk sowang2 kat umah, takut... maner la aku nak merayap ni... aha, bagus jgk kalau aku g pasar malam kat Indera Mahkota.. maknenyer aku x yah masak la malam ni.. Betul2...
0

MAMA, PAPA & DANISH...!!


Di pagi raya, nak balik umah ATOK & NENEK...!


Danish Hakim dgn MAMA...



Danish Hakim dgn PAPA..


0

KERJA KERJA KERJA!!!


Adoii... aku x sihat lagi.. dah beberapa hari aku kene selsema.. nak pergi klinik x sempat.. bz sgtla katakan... Tp mmg bz pun.. jam menunjukkan pukul 6.oo ptg, aku masih lagi x balik rumah.. tlg kerani husband aku wat keje sikit kat opis dia... Perut aku ni pun dah berbunyi2 mintak diisi.. ermm, cam ner la aku ni nak berdiet... asyik nak makan jer... tp x per, x lama lagi kan dah nak puasa, harap2 lepas puasa ni pun aku dapat ler kurangkan makan.. hehehe... kat sebelah tu gambar kerani kat opis husband aku.. name dia Hemalatha.. kat sebelah Hema tu pulak pakcik guard kat opis dia laa... gambar ni amik masa annual dinner opis dia org kat TOO WAREHOUSE SELAYANG... aku pun ader gak masa tu.. heheheh...
0

KAK ZILA


Hari ni aku happy sangat dapat berborak kakak kesayangan aku yg duk kat penang tu.. Dalam sangat aku x berborak ngan dia.. macam2 kite org sembang... tp yg paling mengharukan aku, dia dah anggap famili aku macam famili dia sendiri.. KAK ZILA, tqvm sebab dah anggap famili adik macam famili sendiri... adik sentiasa doakan akak dan famili semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T... dan semoga akak juga akan mendapat apa yg akak cita2 kan... Kalau korang semua nak tau, aku kenal ngan akak aku ni masa mak aku keje kat IKIP Kolej, Kuantan... Haaa, masa tu la aku kenal dia, tu pun sebab aku nak ikut mak aku g Penang... masa kat Penang mmg aku x berenggang ngan akak aku ni... "Akak, adik sayang sangat kat akak... " Ermm.. lagi satu yg buat aku sayang kakak aku ni, dia slalu bagi nasihat kat aku.. Lagi satu, dia x pernah lupa birthday aku, tq akak...
0

KINGTON


hi semua, ini adalah blog pertama aku.. sebenarnya aku nak kenalkan korang semua dengan hasil kerja tangan aku tapi aku nak selit sikit citer pasal KINGTON produk keluaran ELKEN.. malam tadi aku pergi la umah sorang hamba allah ni mmg dah berjaya dalam ELKEN dan dalam banyak2 MLM kat malaysia ni aku tertarik dengan ELKEN sbb aku nampakla cara yg boleh mengubah hidup kita ni.. so aku pun bertanya la ngan Hamba Allah tu pasal ELKEN ni.. aper yg buat aku beria-ia sangat nak citer pasal ni sbb dia ader tunjuk aku CD pasal H1N1.. selama ni aku tau yg penyakit ni mmg berjangkit melalui salur pernafasan tp aku tak tau rupa virus tu cam ner.. so setelah aku tgk video tu aku jadi takut yg amat sgt.. sbb mmg mudah sgt virus ni berjangkit.. so dia ader syorkan aku ambik la produk EKEN tu x silap aku namanyer KINGTON.. dia ada cakap bagus kalau kita amik KINGTON ni, sbb katenye leh prevent dr terkena H1N1... ni aku amik kat website ELKEN

"Kington Life Plasma is not any seawater. It is harvested from an exclusive plankton bloom vortex where ecological interactions produce 83 types of bioavailable elements that are predigested by oceanic plankton. As humans need at least 70 types of minerals to maintain a balanced composition of our body fluid, Kington Life Plasma is able to restore the balance in our internal environment by providing these trace elements in full spectrum and balanced composition. The minerals are also in bioavailable crystalloid forms which allow easy absorption.

Kington Life Plasma was first discovered by Rene Quinton, a French scientist, biologist, physiologist and humanitarian. It has been used for over 100 years and is supported by extensive clinical documents proving its physiological benefits. By providing the body with essential trace elements for the transmission of electromagnetic energy, cellular communication can be enhanced, thus leading to better health and performance."

kalau korang berminat nak tau pasal KINGTON(ELKEN) ni korang leh la email kat aku dan aku akan tolong korang jumpa ngan orang ni.. bukan nak kempen, tp untuk kesihatan kita.. selain KINGTON ni ader banyak lagi produk ELKEN ni.. kalau korang rajin, layarilah http://www.elken.com.my
Back to Top